Video memaparkan seorang anak yang menghantar bapanya ke rumah isteri muda mendapat perhatian daripada netizen.
“Tengoklah nak hantar abah saya ke rumah isteri muda dia.
“Sabar abah.. Sabar. Tunggu sekejap mokde datang. Suka sangat abah. Terus jadi muda bila nampak isteri muda dia.”
Demikian antara ayat yang digunakan oleh seorang pengguna Tik Tok, @ina.azalea yang mendapat perhatian kerana disifatkan sebagai lucu oleh sebahagian pengguna aplikasi berkenaan.
Gelagat bapa wanita berkenaan, yang juga merupakan seorang warga emas berjaya mencuit hati kalangan netizen.
Dalam video itu juga, @ina.azalea menunjukkan ibunya mengirim pelbagai jenis makanan dan duit belanja kepada bapanya untuk ke rumah isteri muda.
@ina.azaleaKite hantar abah gi honeymoon 🤣🤣🤣
Perkongsian video tersebut meraih lebih lebih 800,00 tontonan dan 32,000 tanda suka di akaun TikTok miliknya.
Rata-rata netizen memuji hubungan kedua keluarga itu yang akrab walaupun imej berpoligami sering kali disamakan dengan pergaduhan atau tidak bersefahaman
“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”