Fenomena harga barangan terpakai atau lebih dikenali dengan istilah ‘bundle’ di kalangan peminat barangan terpakai atau barangan vintaj yang diluar jangkaan sudah menjadi trend apabila peniaga dilihat meletakkan nilai yang tidak masuk akal  bagi kebanyakan orang.

Terkini, tular di media sosial seorang peniaga barangan bundle menjual topi dengan harga hampir mencecah RM1,000,000, bagaimanapun ia dipercayai hanya gurauan atau taktik pemasaran sahaja.

Pengguna Facebook, Muhamad Mubin, memuat naik sebuah video berdurasi lima minit memaparkan seorang peniaga ‘membuka’ harga topi keluaran lama itu dengan harga RM800,000.

Menurut peniaga itu, topi lama yang tertera perkataan Pepsi Cola dengan gaya klasik itu dikatakan dikeluarkan sebelum Perang Dunia ke-2.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen terkejut kerana peniaga itu sanggup meletakkan harga sebegitu tinggi untuk sebiji topi lama.

Netizen juga meminta supaya peniaga barangan bundle meninggalkan tabiat ‘suka-suka’ meletakkan harga tinggi semata-mata untuk ‘rating’.

“Sebelum live ada ambil barang ke? Dia punya high tu macam dia di luar kotak. Tolonglah jangan bagi ke puak-puak ini.. memang jahanam,” kata Hidzuan Ibrahim.

“Ini memang demo tak kenal bare.. puak ni lama dah rancang kita yang lalai. Yang tengok dengan lock item memang dungu,” tulis Sheron.

“Harga boleh dapat dua biji rumah bro. Tak masuk akal barang vintage demo ni. Entah-entah brader ni scam je kot dalam live,” kata Ben Syahmi Ismail.

Sementara itu, ada juga yang mengingatkan netizen agar jangan jadi ‘pembaris’ kerana peniaga berkenaan memang sering bergurau atau membuat gimik sedemikian.

“Adoi mak brader ni bergurau je..Kenapa banyak sangat pembaris…ni pakai la ALK punya boleh bengkang bengkok,” komen Aziz Sahri .

“Celik mata luas…topi tu dia lukis pakai permanent artline jah…jangan serius sangat..Orang main-main jah,” kata Syamsul Azuan