• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
  • test
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
  • test
TMJ berkenan naik taraf Stadium Nasional Bukit Jalil

TMJ berkenan naik taraf Stadium Nasional Bukit Jalil

March 11, 2022 Posted by sdteam BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Join @goodnewsbrigade on Telegram

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini memaklumkan beliau telah membuat keputusan untuk menaja kos penanaman rumput baharu sebagai hadiah kepada Stadium Nasional Bukit Jalil.

Menurut pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu, rumput berkenaan adalah jenis Zeon Zoysia, sama seperti di Stadium Sultan Ibrahim milik kelab tersebut.

“Saya telah mengarahkan pengurusan JDT untuk membantu Perbadanan Stadium Malaysia bagi memastikan Stadium Nasional mempunyai padang yang kualitinya layak untuk perlawanan bola sepak antarabangsa.

“Bagaimanapun, saya ingin meminta pihak berkuasa stadium untuk memastikan padang itu dijaga dengan rapi.

“Semua penggunaan bukan sukan hanya dilakukan jikalau langkah-langkah yang sesuai telah dilakukan bagi memastikan padang tersebut tidak rosak,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

September tahun lalu, Tunku Ismail mendedahkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memerlukan RM10 juta untuk padang baharu di Stadium Nasional.

Menyifatkan kos itu tidak masuk akal, Tunku Ismail menjelaskan beliau hanya memerlukan RM1.4 juta untuk membuat padang menggunakan rumput jenis Zoysia di Stadium Sultan Ibrahim yang dilengkapi sistem perpaipan, tanah dan sebagainya.

Bagaimanapun Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mendakwa Tunku Ismail salah tafsir dakwaan bahawa dana RM10 juta diperlukan untuk menaik taraf padang bola di Stadium Nasional.

Sebaliknya beliau berkata, anggaran kos itu adalah untuk menaik taraf padang di beberapa stadium utama negara, termasuk Stadium Nasional.

Bagaimanapun sehingga kini tiada perkembangan terbaharu daripada KBS sama ada padang Stadium Nasional sudah dinaik taraf atau sebaliknya. –

Post Views: 332
Tags: Bukit JalilTMJ
Share
0

About sdteam

This author hasn't written their bio yet.
sdteam has contributed 840 entries to our website, so far.View entries by sdteam

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Yang di-Pertuan Agong Conferred Turkey’s Highest Award by President Erdogan

Yang di-Pertuan Agong Conferred Turkey’s Highest Award by President Erdogan

August 17, 2022

         By...

STPM results out on August 18

STPM results out on August 18

August 12, 2022

...

Working Hours to be Reduced from September 1st

Working Hours to be Reduced from September 1st

August 10, 2022

         By...

Family no longer needs to stay in car – thanks to generous Malaysians

Family no longer needs to stay in car – thanks to generous Malaysians

July 22, 2022

         Thanks...

Kelantan Folks Can Look Forwards To Kota Bharu Sentral Bus Terminal To Be Ready By 2025

Kelantan Folks Can Look Forwards To Kota Bharu Sentral Bus Terminal To Be Ready By 2025

July 19, 2022

          ...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next