Bagaikan mendapat azimat baru selepas bergerak secara professional, jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tampil membenam juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew hari ini.

Langkah kanan Zii Jia dengan kemenangan ‘straight set’ 21-6, 21-14 memberikan Malaysia mendahului 1-0 dalam aksi pertama Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

Kemenangan itu juga membolehkan Zii Jia yang berada di kedudukan ranking nombor tujuh dunia melebarkan rekod pertemuan kepada 3-2 dengan Kean Yew.

Kali terakhir kedua-dua pemain bertemu ialah pada November lalu di final Terbuka Hylo, Jerman yang menyaksikan Kean Yew yang berasal dari Pulau Pinang menang selepas Zii Jia menarik diri akibat kecederaan