
Seorang wanita mencatatkan rekod dunia apabila berjaya menamatkan larian mengelilingi seluruh New Zealand dalam tempoh kurang dari 21 hari.
Emma Timmis, 37, wanita kelahiran Britain yang kini menetap di Kaiapoi, New Zealand mula berlari pada 18 Disember lalu di Cape Reinga dan menamatkan larian tersebut pada Jumaat lalu.
Timmis yang menghabiskan keseluruhan 2,092 kilometer lalrian tersebut mencatatkan masa kurang daripada 21 hari.
Catatan tersebut juga seterusnya menyaksikan Timmis menewaskan Menna Evans yang merupakan pemegang Rekod Dunia Guinness selepas berlari selama 35 hari dan 27 minit untuk mengelilingi New Zealand.
Wanita itu sudah merancang untuk melakukan larian tersebut selama beberapa tahun lalu, namun sering ditundakan kerana mengalami kecederaan.
Misi lariannya itu juga bertujuan mengumpul dana untuk disumbangkan kepada badan kebajikan yang memperjuangkan nasib golongan mengalami masalah kesihatan mental.