
Spider-Man: No Way Home menyertai senarai 10 filem box office dengan kutipan keenam tertinggi dalam sejarah filem Amerika Syarikat (AS).
Filem berdasarkan siri komik adiwira muda itu mencatat kutipan AS$1.69 bilion pada peringkat global sepanjang minggu lalu, mengatasi Jurassic World yang mengutip AS$1.67 bilion, dan The Lion King (AS$1.66 bilion).
Kini dalam minggu keenam setelah memasuki pawagam di seluruh dunia, Spider-Man: No Way Home kembali menjadi pilihan nombor satu di Amerika Utara, mengutip AS$14.1 juta antara Jumaat dan Ahad, selain AS$27.7 juta di luar negara.
Epik adiwira, yang dibintangi Tom Holland di kejiranan Marvel, mula ditayangkan pada Disember dan telah menjana kutipan AS$721 juta di AS, dan AS$970.1 juta di peringkat global.
Di luar AS, di mana No Way Home berada di kedudukan keempat sebagai filem keempat terbesar yang pernah ada, pengembaraan terbaharu Spidey melakukan yang terbaik, terutama di United Kingdom apabila mengutip AS$116 juta setakat ini.
Kutipan tertinggi lain yang direkodkan Spider-Man: No Way Home termasuk di Mexico sebanyak AS$73.4 juta; Korea Selatan (AS$60.6 juta); dan Perancis (AS$59.9 juta).
Berikut adalah 10 filem box office serta jumlah kutipan terkumpul:
Avatar (AS$2,845,899,541);
Avengers: Endgame (AS$2,797,800,564);
Titanic (AS$2,207,986,545);
Star Wars Ep. VII: The Force Awakens (AS$2,064,615,817);
Avengers: Infinity War (AS$2,048,359,754);
Spider-Man: No Way Home (AS$1,691,110,988);
Jurassic World (AS$1,669,979,967);
The Lion King (AS$1,654,367,425);
Furious 7 (AS$1,516,881,526); dan
The Avengers (AS$1,515,100,211).