Ratu Besi India catat rekod dalam Guinness Book of World Records

Seorang wanita di New Delhi mencatat rekod dalam Guinness Book of World Records selepas berjaya menarik bas dua tingkat seberat 12,000 kilogram menggunakan rambut.
Video kejayaan Asha Rani tersebut menjadi tular di media sosial dengan puluhan ribu orang berkongsikan video berkenaan.
Rata-rata menunjukkan kekaguman mereka terhadap kebolehan dan kekuatan yang dimiliki oleh wanita itu, selain ucapan tahniah kepadanya.
Melalui satu rancangan televisyen ‘Lo Show dei Record’ di Milan, Itali, wanita itu digelar sebagai Ratu Besi kerana kekuatan yang dimilikinya.