‘Rapatkan jurang penjagaan kanser’

Sempena sambutan Hari Kanser Sedunia hari ini, Perdana Menteri menyeru Keluarga Malaysia agar terus memberi sokongan kepada pesakit kanser.
Beliau turut berkongsi mengenai kunjungannya ke kediaman seorang pelajar yang juga pesakit kanser tulang yang kini di tahap empat baru-baru ini.
“Pada 15 Januari lalu, saya melawat Nurshazrina Suryanto di rumahnya di Pangsapuri Megah Villa. Pelajar tingkatan tiga ini menghidap kanser tulang tahap empat.
“Ada pegawai saya menghidap kanser payu dara. Selepas lapan tahun bertarung, dia ‘survive.’
“Saya percaya ramai di antara kita mempunyai saudara mara atau rakan-rakan yang bertarung dengan kanser,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Beliau berkata, sokongan Keluarga Malaysia kepada pesakit kanser amat penting untuk mereka terus berjuang melawan kanser.
“Rapatkan jurang penjagaan kanser. Pengesanan awal dapat meningkatkan peluang untuk sembuh,” katanya