Persimpangan bertingkat Damansara yang turut melibatkan projek lebuhraya bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) apabila dilihat dari udara, tidak ubah seperti spagheti yang berselirat.

Persimpangan yang dahulunya hanya susur keluar Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) ke Mutiara Damansara dan Bukit Lanjan berubah apabila siapnya terowong Lebuhraya Penchala Link yang menghubungkan Mount Kiara ke Damansara pada 2005.

Namun, persimpangan itu terus dinaik taraf dengan susur jalan keluar yang memudahkan pengguna ke Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Prima Damansara dan Kepong.

Kalau di Jepun persimpangan bertingkat gah dengan persimpangan Nagoya, namun di Malaysia persimpangan Damansara ini pasti menjadikan hati gelisah kepada mereka yang pertama melaluinya.

Mana tidaknya, kalau tersalah pilih laluan, pasti pengguna akan tersesat menyimpang jauh dari destinasi yang mahu dituju.

Kini persimpangan Damansara itu bertambah ‘selirat’ apabila Lebuhraya Dash dijangka siap tidak lama lagi.

Seorang pengguna Facebook menyifatkan persimpangan Damansara seperti spaghetti berselirat yang memeningkan kepala kepada pengguna yang tidak biasa melaluinya.