
Seorang lelaki berjaya dikeluarkan daripada sebuah kereta yang terbakar dalam kejadian Jalan Syed Omar, Kampung Syed Omar, Kangar, malam tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis, berkata pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 8.49 malam.
“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kangar ke lokasi kejadian dan didapati terdapat sebuah kereta telah terbakar.
“Kebakaran melibatkan sebuah kereta Perodua Axia yang telah terbakar hampir 90 peratus.
“Terdapat seorang mangsa lelaki berbangsa Cina yang terbakar hampir 80 peratus dan berjaya dikeluarkan oleh orang awam,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, pasukan bomba bertindak memadamkan kebakaran sehingga selesai dan mangsa yang cedera dan terbakar tersebut telah dihantar ke hospital oleh pihak ambulans.
“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.44 malam dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya