Nenek 77 tahun pemegang black belt taekwondo


Seorang warga emas berusia 77 tahun berjaya memperoleh tali pinggang hitam taekwondo selepas empat tahun mengikuti kelas seni mempertahankan diri itu.

Menurut akhbar tempatan Singapura, Mothership.sg, Lynn Soh menyertai Akademi Taekwondo Ildo pada 2018 bertujuan untuk menguatkan bahagian anggota badannya yang semakin lemah.

Namun, kemahiran yang dimiliki oleh wanita berkenaan melayakkan dia mendapat tali pinggang hitam lebih cepat berbanding peserta lain.

“Kini saya tidak mempunyai sebarang kesakitan di mana-mana bahagian kaki dan tidak perlu mengambil ubat tahan sakit.

“Saya juga mampu melakukan gerakan ‘split’ 180 darjah tanpa sebarang masalah,” katanya.