Jangkitan Covid-19 global turun 15%

Amerika Syarikat masih kekal merekodkan angka kematian tertinggi melebihi 830,000 kes.
Kes Covid-19 di seluruh dunia turun 16 peratus dari segi kematian dan 15 peratus jangkitan, tiga bulan setelah varian Omicron pertama kali dilaporkan di Afrika Selatan, lewat tahun lalu.
Bagaimanapun, jangkitan di Asia meningkat empat peratus, manakala kematian turun 0.9 peratus, dengan Korea Selatan, Indonesia, Vietnam dan Hong Kong mencatatkan rekod harian minggu lalu.
Terutama, Hong Kong, wilayah China, merekodkan 26,026 kes semalam (27 Februari 2022), sehari selepas mencatat 17,053 pada Sabtu, setelah tidak pernah melebihi 100 kes setiap hari sehingga tahun ini.
Varian itu turut merebak ke New Zealand, apabila mencatat jumlah jangkitan tertinggi buat kali pertama, 15,016 kes, berbanding 216 kes pada 24 November 2021, sebelum Omicron menular.
Dalam tempoh tujuh hari lalu, kes global meningkat 10,926,144 menjadikan jumlah 435,633,116, menurut Worldometers.info setakat Ahad. Kematian, juga meningkat kepada 58,841, dengan jumlah keseluruhan 5,967,060.
Kes pada Sabtu turun kepada 1,308,059 berbanding rekod 3,804,960 pada 20 Januari 2022. Pada 13 Disember 2021, ia turun kepada 486,455 kes. Ketika kemuncak lonjakan varian Delta, kes mencecah 903,836 pada 29 April.
Sebanyak 6,548 kematian yang dilaporkan pada Sabtu kurang separuh daripada rekod 17,494 pada 27 Januari 2020.
Sejak Omicron dikesan di Afrika Selatan pada 24 November tahun lalu, kebanyakan negara merekodkan peningkatan kes, termasuk 171,488 kes di Korea Selatan pada Rabu, dan 77,982 kes di Vietnam pada Sabtu.
Hong Kong dengan 7.6 juta populasi hanya mencatat kumulatif positif sebanyak 158,683 jangkitan dan tidak pernah melebihi empat dijit kecuali pada 7 Februari pada 1,111 dengan tanah besar China merekodkan 239 kes pada Ahad.
Hong Kong juga mencatat 83 kematian semalam menjadikan kumulatif 660 kes. – Agensi