Impian pandu kereta terbang bakal jadi kenyataan

Selepas melengkapkan lebih daripada 200 pelepasan dan pendaratan 70 jam ujian penerbangan yang ketat mengikut piawaian Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah, kereta tersebut akhirnya dianugerahkan status berkenaan.
Pengeluar AirCar memaklumkan, ujian berkenaan termasuk rangkaian penuh gerakan penerbangan dan prestasi seterusnya menunjukkan kestabilan statik dan dinamik yang menakjubkan dalam mod pesawat.
“Pengesahan AirCar ini telah membuka pintu untuk pengeluaran secara besar-besaran untuk kereta terbang yang sangat cekap.

“Pengesahan rasmi dan terakhir adalah tentang keupayaan kami untuk mengubah perjalanan jarak pertengahan,” jelas ketua pasukan pembangunan AirCar, Stefan Klein.
AirCar pada masa ini dikuasakan oleh enjin BMW 160 hp dan mempunyai kelajuan udara tertinggi 118 mph, tetapi akan dinaik taraf kepada enjin 300 hp yang mampu mencapai kuasa sehingga 186 mph. Ia terbang pada ketinggian 8,200 kaki semasa ujian baru-baru ini.
Pesawat kereta hibrid itu, dipanggil AirCar, digambarkan semasa penerbangan selama 35 minit pada 28 Jun 2021, antara lapangan terbang antarabangsa di Nitra dan Bratislava, Slovakia.
Syarikat itu juga mengesahkan ia telah menyelesaikan ujian untuk enjin penerbangan ADEPT Airmotive baharu yang berkuasa, ringan dan cekap.
Harga tepat untuk versi pelanggan bagaimanapun masih belum diumumkan namun, prototaip itu menelan belanja USD 2.3 juta untuk dibangunkan.