Hero disebalik misi menyelamat Rayyan






Kisah Rayyan Awram, kanak-kanak berusia lima tahun yang terjatuh di dalam lubang di Moroco mendapat perhatian dari seluruh dunia.

Selepas lima hari, kanak-kanak malang itu berjaya dikeluarkan daripada lubang sempit berkedalaman 32 meter berkenaan.

Bwa Sahraoui yang juga dikenali sebagai Ali Al-Sahrawi merupakan orang yang bertanggungjawab mengeluarkan tubuh Rayyan daripada lubang tersebut.

Menurut laporan akhbar tempatan, Ali menggali lubang untuk misi menyelamatkan Rayyan dengan kaedah manual selama tiga hari berturut-turut.

Sejurus kemudian, nama Ali atau Bwa Sahraoui menjadi bualan hangat atas usaha murni beliau menggali lubang bagi menyelamatkan kanak-kanak tersebut.

Dalam sebuah video yang tersebar di laman-laman media sosial menunjukkan Ali sedang mengangkat jasad Rayyan yang sudah meninggal dunia pada saat jasadnya kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan oleh Ali.

Tepukan gemuruh diberikan kepada Ali sebagai penghargaan kepadanya kerana menggali lubang dengan tangannya secara manual tanpa memerlukan teknologi canggih.