Guru pedalaman Sarawak ubah kuaters usang jadi indah












(COPY)

Ibarat ‘benih yang baik kalau di campak ke darat menjadi gunung dan jika dicampak ke laut menjadi pulau’.

Demikian ungkapan yang mungkin paling sesuai untuk menggambarkan seorang guru muda yang ditempatkan di sebuah pedalaman di Sarawak.

Seorang guru lelaki yang dikenali sebagai cikgu Tarmizi menarik perhatian netizen selepas menunjukkan kepingan gambar yang menunjukkan usha beliau mengubah kuaters guru usang yang didudukinya menjadi tempat tinggal yang cantik.

“Mula-mula posting hari itu, masuk bilik ini sahaja yang ada. Duduk lah macam ini berbulan-bulan. Tikus lalu atas muka itu biasa.

“Nah, selepas kemas. Beli di Shopee sehaja. Tidak dapat nak pos dekat sekolah. Pos Laju tak sampai, maklumlah sekolah pedalaman. Pos sampai pekan, hari minggu keluar ambil penuh motor,” katanya dalam hantaran Facebook Al-Tarmizi.

Menerusi hantaran tersebut juga, Tarmizi menunjukkan tempat peliharaan arnab miliknya yang ditempatkan di bawah rumah, seterusnya mengubah suasana suram kawasan kediaman berkenaan menjadi kebun mini yang cantik.