Dunia Batman kini di Sunway Pyramid

Orang ramai kini boleh menikmati pengalaman “The Batman” di kolam air pancut di tingkat bawah kompleks beli belah Sunway Pyramid yang bermula kelmarin hingga 20 Mac Ini.
Dalam satu kenyataan Sunway Pyramid memaklumkan, ini satu-satunya tarikan berkaitan Batman yang diadakan di Malaysia, bersempena filem terbaru adiwira tersebut yang mula ditayangkan esok.
“Peminat Batman tidak boleh ketinggalan, kerana ia menampilkan Batman Corner, The Riddle Corner, Gothan City, permainan, pelbagai aktiviti, hadiah dan produk eksklusif Batman.
“Perjumpaan kumpulan adiwira DC akan turut diadakan setiap Ahad melibatkan pemain cosplay yang akan berpakaian sebagai adiwira dan penjahat,” menurut kenyataan itu.
Figura Batman bersaiz tujuh kaki, yang juga merupakan saiz ukuran sebenar watak kegemaran ramai itu juga menanti pengunjung untuk dibawa balik.
Difahamkan, figura yang dibawa dari Jerman tersebut dihasilkan ekskludsif untuk Sunway Pyramid.
Orang ramai juga berpeluang menjadi salah seorang pemenang yang membawa pulang set Funko Pop, produk eksklusif Batman, tiket wayang, permainan video Batman, Hot Wheels dan barangan daripada Typo.