Budak terkuat di dunia kongsi penampilan terkini

Seorang remaja yang penah digelar sebagai kanak-kanak paling kuat di dunia, hari ini sekali lagi menarik perhatian apabila memuat naik gambar terkininya di media sosial.
Giuliano Stroe, dari Bucharest Selatan Romania itu mengejutkan peminatnya apabila muncul dengan bentuk badan terkininya selepas 13 tahun beberapa kali memecahkan rekod dunia.
Stroe pernah menjadi tumpuan dunia apabila memegang Rekod Dunia Guinness untuk berjalan menggunakan tapak tangan sejauh 10 meter paling pantas ketika berusia lima tahun.
Pada tahun 2010, ahli bina badan cilik itu turut memcah rekod dunia dengan aksi tekan tubi paling banyak dengan kaki terapung di udara.
Stroe yang kini berusia 17 tahun, berkongsi gambar yang memaparkan dia sedang memegang sekeping gambar dirinya ketika kecil sambil memakai pingat.
Pencapaian remaja itu juga dilaporkan menjadi inspirasi kepada remaja dari seluruh pelusuk dunia untuk bergiat dalam sukan bina badan.