“Dahulu, kami dilarang menayangkan pakaian dalam atau gaun berwarna merah bagi menyambut kedatangan Hari Kekasih.

“Kini, semuanya dibolehkan kecuali meletakkan papan tanda yang mengiakan sambutan Hari Kekasih.”

Demikian luah dari seorang jurujual di Riyadh Mall beberapa hari menjelang sambutan Hari Kekasih yang disambut hari ini di seluruh dunia.

Di Riyadh, ruang pameran dan kedai-kedai di sekitar bandar dilaporkan dihiasi dengan pakaian dan busana dengan warna merah yang juga merupakan warna tema sambutan ‘perayaan’ tersebut.

Perayaan yang tidak pernah disambut di Arab Saudi itu kini dilihat menjadi perkara biasa, meskipun ianya pernah diharamkan.

Namun, meskipun sambutan tersebut sudah diterima dalam masyarakat Arab berkenan, papan-papan tanda yang menunjukkan perkataan Hari Kekasih masih tidak kelihatan terpampang secara umum.