“Di atas rasa kasihan dan simpati terhadap suri rumah yang bukan orang senang itu merayu minta dicari kembali, wira-wira oren ni bantu juga cari sampai jumpa di depo MBSP Tasek Gelugor.

“Bayangkan mereka sanggup selongkar sampah yang bertimbun tu demi cari beg kecil berisi barang emas. Syukur atas berkat kesabaran ia berjaya ditemui kembali,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita di Tasek Gelugor terbuang barang kemas miliknya ke dalam tong sampah sebelum diangkut lori sampah menarik nafas lega apabila ia ditemui semula.

Menurut perkongsian pengguna laman sosial Facebook, Yaya Ismail, dia secara tidak sengaja terbuang dompet berisi barang kemas ke dalam tong sampah sebelum menyedarinya kira-kira jam 9 pagi, semalam.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap keprihatinan pekerja kebersihan itu.

Nurul Aini:” Alhamdulillah syukur kepada Allah.. semoga semua wira oren diluaskan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik..Aamiin ya Rabbal Alamin.

Nasir pula berkata:”Terbaik wira oren, semoga Hampa Semua diberikan kesihatan yang baik Aamiin.”