Skuad badminton negara mara ke suku akhir pada saingan Piala Thomas 2020 di Arena Ceres, Aarhus, Denmark pada Rabu, selepas menundukkan pasukan Kanada dengan keputusan 5 – 0.
Dalam perlawwanan tersebut, pemain sensasi negara, Lee Zii Jia mengumpul mata pertama negara apabila menewaskan pemain ranking ke-39 dunia, Brian Yang 21-18, 21-13 pada aksi sulung peringkat kumpulan.
Skuad negara yang dibarisi pemain muda kini hanya perlu memberikan fokus untuk berdepan Jepun pada Khamis bagi menentukan juara dan naib juara Kumpulan D selepas England mengumumkan menarik diri sebelum ini.
Berikut keputusan perlawanan Kumpulan D antara Malaysia dan Kanada pada saingan badminton Piala Thomas 2020:
Malaysia 5 Kanada 0
Lee Zii Jia mn Brian Yang 21-18, 21-13
Cheam June Wei mn Jason Anthony Ho-Sue 21-14, 21-14
Ng Tze Yong mn B.R. Sankeerth 21-7, 21-19
Nur Izzuddin Mohd Rumsani-Soh Wooi Yik mnt Philippe Charron-Maxime Tetreault 21-7, 21-10
Aaron Chia-Goh Sze Fei mn B.R. Sankeerth-Nyl Yakura 21-14, 21-13
“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”