• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Sembuh daripada kanser, Brendan Gan tekad dengan aksi terbaik

Sembuh daripada kanser, Brendan Gan tekad dengan aksi terbaik

February 7, 2022 Posted by sdteam BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Selepas tersisih hampir enam bulan akibat mengalami kanser testis, ketua pasukan Selangor FC, Brendan Gan bertekad untuk merebut semula tempat dalam pasukan Harimau Malaya yang kini di bawah kendalian jurulatih dari Korea Selatan, Kim Pan Gon.

Menurut pemain berdarah campuran Malaysia-Australia itu, beliau sememangnya mahu kembali ke pangkuan skuad kebangsaan namun pada masa ini mahu memfokuskan terlebih dahulu untuk mengembalikan prestasi.

Jelasnya, berdepan dengan penyakit barah yang hampir mengancam nyawanya itu menjadikan beliau lebih kuat dan menjadi perangsang untuk memberikan aksi terbaik.

“Saya harus yakin kepada diri sendiri dan seperti selalunya saya akan berikan 100 peratus komitmen di padang.

“Sekiranya ada pihak melihat saya beraksi dengan baik (selepas sembuh daripada kanser) maka ia memadai (kembali dipanggil ke skuad kebangsaan),” katanya ditemui di kempen ‘Lets Cope with A Neon Hope” sempena Hari

Barah Sedunia anjuran Selangor FC di Sunway Pyramid Convention Centre, Petaling Jaya, Selangor.

Pada 26 Julai, Brendan yang juga pemain tengah Harimau Malaya disahkan menghidap barah testis.

Kali terakhir Brendan beraksi secara kompetitif ketika membantu skuad Harimau Malaya mengharungi cabaran pusingan kedua kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jun.

Brendan mula mewarnai bola sepak Malaysia pada 2012 dengan menyertai Sabah dan berhijrah ke Kelantan, Perak sebelum menyertai Selangor FC pada 2020.

Aksi cemerlang ditampilkan Brendan membawanya ke skuad bawah 23 tahun kebangsaan pada 2013 dan skuad utama sejak 2016 hingga kini.

Post Views: 222
Tags: Brendan GanHarimau Malayainspirasikanser
Share
0

About sdteam

This author hasn't written their bio yet.
sdteam has contributed 825 entries to our website, so far.View entries by sdteam

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Subsidies To Be Maintained as Part of Bantuan Keluarga Malaysia Programme

Subsidies To Be Maintained as Part of Bantuan Keluarga Malaysia Programme

June 27, 2022

         BY:...

STAM Results To Be Announced This Thursday

STAM Results To Be Announced This Thursday

June 27, 2022

         by...

Asian Track Cycling Championships: Fadhil Zonis Rakes Silver Medal!

Asian Track Cycling Championships: Fadhil Zonis Rakes Silver Medal!

June 21, 2022

...

PEJUANG Muda Malaysia Calls for Improved Management of the National Football Field

PEJUANG Muda Malaysia Calls for Improved Management of the National Football Field

June 14, 2022

         By:...

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

May 25, 2022

         BY:...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next