Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengingatkan orang ramai yang pulang ke kampung halanan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri agar sentiasa berhati-hati.
“Sudah ramai yang pulang ke kampung ye? Alhamdulillah…Saya lihat di media sosial, ramai yang ‘update’ mereka sedang dalam perjalanan pulang ke kampung. Ada juga yang sudah pun tiba di kampung halaman.
“Ada yang berkira-kira hendak balik hari apa, malah ada yang masih ‘tawar-menawar’ hendak pulang ke kampung suami atau isteri… Pelbagai suka dan tawa Keluarga Malaysia setelah dua tahun kita tidak nikmati kegembiraan ini.
“Berhati-hati lah di jalan raya ketika memandu pulang ke kampung halaman,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Dalam hantaran itu, beliau turut berkongsi gambar keadaan di plaza tol yang mengalami kesesakan susulan pertambahan kenderaan orang ramai yang ingin pulang ke kampung masing-masing.
“Sampaikan salam saya buat keluarga kalian di kampung. Saya sayang semua,” katanya