Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo mengumumkan kekasihnya, Georgina Rodriguez sedang mengandungkan anak kembar.
Penyerang kelab Manchester United itu mengumumkan berita tersebut menerusi akaun Instagram miliknya, semalam.
“Berbesar hati untuk mengumumkan kami menantikan anak kembar. Hati kami penuh dengan kasih sayang, kami tidak sabar untuk bertemu dengan awak,” kata pemain dari Portugal itu.
Menerusi hantaran tersebut juga, Ronaldo turut menyertakan sekeping gambar beliau bersama kekasihnya serta dua keping gambar rakaman ultrasound yang menunjukkan keadaan dalam perut Rodriguez.
Ronaldo kini merupakan bapa kepada empat orang anak, Cristiano Junior, pasangan kembar Eva dan Mateo dan Alana Martina.
Terdahulu, Ronaldo pernah memaklumkan France Football bahawa beliau mahukan anak seramai tujuh orang.
“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”