Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tidak asing lagi apabila kelibatnya sering kali dilihat mesra dengan aktiviti sosial bersama kalangan rakyat kebanyakanb.
Kali ini, baginda dilapor berkenan menerima undangan program Jogja International Batik Biennale (JIBB): Jogja Membatik Dunia secara maya di Istana Negara.
Apa yang menarik perhatian menerusi laporan berkenaan, baginda turut mempamer bakat mencanting batik motif Cepok Mangkoro yang disediakan penganjur.
“Program berkenaan dianjurkan oleh Dewan Kerajinan Batik Nasional Daerah Jogjakarta.
“Program ini juga melibatkan penyertaan peserta dari 25 negara dan turut melibatkan keberangkatan Sri Sultan Hamengku Buwono X dari Kesultanan Yogyakarta,” menurut kenyataan Istana Negara menerusi hantaran di Facebook.
“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”