Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah meluluskan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech, vaksin CoronaVac keluaran Sinovac/Pharmaniaga Lifescience dan vaksin AstraZeneca sebagai dos penggalak,” kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Susulan itu, jawatankuasa kerja teknikal di bawah Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Penggalak (CITF-B) telah mengesyorkan dos penggalak diberikan kepada semua penduduk berumur 18 tahun ke atas.
Namun, Khairy berkata keutamaan diberi mengikut turutan umur bagi petugas barisan hadapan, individu dengan komorbiditi; wanita hamil dan keperluan ke luar negara.
Pelaksanaan dos penggalak bagi penerima dos lengkap jenis vaksin adalah seperti berikut:
a) Vaksin CoronaVac (Sinovac) selepas 3 bulan daripada dos kedua.
- Disyorkan untuk menerima dos penggalak vaksin Comirnaty (Pfizer) bagi semua peringkat umur atau vaksin AstraZeneca bagi individu berumur 50 tahun dan ke atas;
- Bagi individu tidak boleh mengambil vaksin Comirnaty (Pfizer) atau vaksin AstraZeneca sebagai dos penggalak, vaksin CoronaVac (Sinovac) boleh diberikan.
- Bagi individu memilih mengambil vaksin CoronaVac (Sinovac) sebagai dos penggalak, mereka boleh maklumkan kepada PPV untuk menerima vaksin tersebut. Bagaimanapun, jawatankuasa kerja teknikal mmasih mengesyorkan untuk menerima vaksin Comirnaty (Pfizer) atau AstraZeneca sebagai dos penggalak.
b) Vaksin AstraZeneca selepas 6 bulan daripada dos kedua.
- Disyorkan untuk menerima dos penggalak vaksin AstraZeneca (bagi semua peringkat umur).
- Walau bagaimanapun, vaksin Comirnaty (Pfizer) juga boleh digunakan.
c) Bagi vaksin lain:
- Vaksin Comirnaty (Pfizer), Spikevax (Moderna) dan Convidecia (CanSino) selepas 6 bulan daripada dos terakhir:
- Vaksin Covilo (Sinopharm) selepas 3 bulan daripada dos kedua;
- Vaksin Janssen (Johnson & Johnson) selepas 2 bulan daripada dos terakhir.
PBKD mengesyorkan semua peringkat umur atau vaksin AstraZeneca bagi individu berumur 50 tahun dan ke atas untuk menerima dos penggalak vaksin Comirnaty (Pfizer).
Khairy berkata, vaksin dos penggalak diberikan di fasiliti pengamal perubatan swasta atau di luar fasiliti kesihatan swasta (off-site).
Menurutnya, dos penggalak juga diberikan di klinik kesihatan dan hospital kerajaan yang terpilih serta aktiviti jangkau luar (outreach).
“Tarikh janji temu untuk dos penggalak bagi individu yang layak akan diberikan melalui aplikasi MySejahtera atau penerima boleh mendaftar dalam senarai menunggu untuk mendapatkan tarikh janji temu di fasiliti kesihatan awam dan swasta terpilih.
“Senarai fasiliti kesihatan awam dan swasta yang terlibat dengan pemberian dos penggalak boleh didapati di laman sesawang 19.moh.gov.my/vaksin-covid-19 atau di laman sesawang Protect Health iaitu https://protecthealth.com.my/,” katanya.
“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”