Seorang penyelam, Shlomi Katzin dilaporkan menemui sebilah pedang dianggarkan berusia sekurang-kurangnya 900 tahun yang dipercayai milik seorang tentera ketika era Perang Salib.
Memetik laporan UPI, Pihak Berkuasa Barang Antik Israel memaklumkan pedang tersebut ditemuikan di luar pantai utara Israel.
Meneurut laporan, Katzin menemui pedang yang diliputi cengkerang teritip di dasar laut itu ketika beliau sedang menyelam di Pantai Carmel.
Satu rakaman video aktiviti menyelam Katzin menunjukkan penemuan pedang itu bersama sebuah sauh perahu yang diliputi cengkerang teritip.
Katzin menyerahkan pedang antik itu kepada Unit Pencegahan Rompakan dibawah Pihak Berkuasa Barang Antik.
“Pedang yang dipelihara dalam keadaan sempurna merupakan penemuan yang jarang dan menakjubkan.
“Ia jelas milik seorang tentera salib,” kata pegawai di unit tersebut, Nir Distelfeld kepada The Times of Israel.
Pedang itu akan dibersihkan dan dikaji oleh pakar sebelum dipamerkan kepada umum.
“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”