Seorang pemilik kedai di Pulau Pinang mendapat perhatian umum apabila menunjukkan sifat mulianya yang dengan rela hati mendermakan sebuah kipas kepada pelanggan Kurang Upaya (OKU) setelah mendapati pelanggan itu tidak mampu membelinya.
Pemilik kedai barangan elektrik, Nur Asyifa Ajis menceritakan pengalamanya bersama pelanggan OKU tersebut menerusi laman akaun Facebooknya menceritakan pada awalnya ternampak kelibat seorang lelaki berjalan terhincut-hincut memasuki kedainya.
Pemilik kedai Dr Kipas yang terletak di Seberang Perai itu berkata, beliau kemudiannya perasan bahawa lelaki tersebut memakai kaki palsu.
“Beliau ingin membeli sebuah kipas angin.
“Namun setelah dapat tahu harga kipas itu RM200, beliau berubah fikiran setelah mengira wangnya.
“Saya tahu yang beliau tidak mempunyai cukup wang dari cara beliau mengira wang yang ada di dalam dompetnya.”
Nur Asyifa berkata beliau merasa simpati setelah mendapat tahu lelaki itu tidak mempunyai cukup wang lalu memutuskan untuk memberinya secara percuma.
“Apabila saya memberitahunya kipas itu percuma, beliau menitiskan air mata kesyukuran,” katanya.
“Awalnya, beliau berkata akan kembali ke kedai setelah mengumpulkan wang yang cukup, tetapi saya menolak dan menyuruhnya mengambil kipas itu secara percuma.
“Saya bersyukur Tuhan membawa beliau ke kedai saya kerana saya dapat membantunya beliau,.”
Catatan di laman Facebook kedainya menerima lebih 10,000 tanda suka atau ‘Like’, dengan ramai menyuarakan harapan lebih banyak derma boleh dihulurkan kepada lelaki itu.