• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Pasukan boling negara mara ke separuh akhir Kejohanan Dunia

Pasukan boling negara mara ke separuh akhir Kejohanan Dunia

November 16, 2021 Posted by haizal.y BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pasukan boling lelaki dan wanita kebangsaan mempamerkan aksi cemerlang pada hari terakhir Kejohanan Dunia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, hari ini dengan memastikan sekurang-kurangnya mereka membawa pulang pingat gangsa.

Mereka juga akhirnya menamatkan ‘sumpahan suku akhir’ apabila kedua-dua pasukan lelaki dan wanita berjaya melangkah ke peringkat empat terbaik.

Pada aksi suku akhir, pasukan lelaki diketuai bekas juara dunia Muhammad Rafiq Ismail, Syafiq Ridhwan Abdul Malek, Tun Ameerul Luqman Al-Hakim Tun Hasnul Azam dan Muhammad Syazirol Shamsudin menewaskan pasukan Amerika Syarikat 279-258.

Momentum kemenangan itu diteruskan pasukan wanita yang terdiri daripada Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Natasha Mohamed Roslan, Nur Syazwani Sahar dan Faten Najihah Ahmad Faik, yang mengatasi pasukan Jerman 235-199.

Pasukan lelaki akan menentang Korea Selatan manakala skuad wanita akan bertemu Filipina dalam separuh akhir.

Kesemua atlet negara menerusi acara perseorangan, regu dan trio, gagal melepasi peringkat suku akhir sejak kejohanan itu bermula 6 November lepas.

Pengurus pasukan, Maradona Chok memberitahu Bernama kekecewaan itu membangkitkan semangat mereka untuk bermain bersungguh-sungguh dalam acara pasukan.

“Mereka mencurahkan segalanya dan selepas kekecewaan terkandas di suku akhir sebelum itu, mereka betul-betul mahu mara ke separuh akhir,” katanya.Maradona berharap atlet boling 

negara akan meneruskan prestasi baik mereka pada separuh akhir dan seterusnya memenangi emas di pusingan akhir, yang turut dijadualkan pada Isnin. – Bernama

 

“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”

https://t.me/goodnewsbrigade

Post Views: 240
Tags: Boling Malaysiasukan
Share
0

About haizal.y

This author hasn't written their bio yet.
haizal.y has contributed 722 entries to our website, so far.View entries by haizal.y

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

May 19, 2022

         Women...

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

May 18, 2022

...

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

May 17, 2022

         BY:...

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

May 12, 2022

...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next