• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Minum kopi 3 cawan sehari bantu panjangkan usia

Minum kopi 3 cawan sehari bantu panjangkan usia

February 11, 2022 Posted by sdteam BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sekumpulan penyelidik di United Kingdom mendapati seseorang yang mengamalkan meminum kopi tiga cawan sehari mampu mengelakkan daripada penyakit kronik, seterusnya mampu memenjangkan hayat.

Kumpulan penyelidik tersebut menganalisis sebanyak 468,629 data daripada kumpulan peserta Biobank UK yang tidak mempunyai sebarang rekod penyakit jantung ketika penyelidikan mula dijalankan.

Para peserta ditanya berkenaan gaya hidup termasuk tabiat meminum kopi melalui satu soal selidik secara terperinci, seterusnya data tersebut dikumpul sebelum dianalisis berkenaan faktor risiko kardiovaskular seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan paras kolestrol.

Ketika kajian dijalankan, peserta dibahagi kepada tiga kumpulan, iaitu kumpulan peminum kopi, peminum kopi ringan hingga sederhana dan mereka yang mengambil sejumlah besar kopi setiap hari.

Seterusnya, kumpulan penyelidik menggunakan imbasan MRI untuk mendapatkan data terperinci tentang pengaruh tabiat minum kopi terhadap anatomi dan fungsi jantung dari masa ke semasa.

“Saiz sampel yang besar, data kesihatan yang dikaitkan, dan imbasan MRI jantung terperinci yang terdapat di UK Biobank menawarkan asas yang kukuh untuk menangani persoalan penyelidikan ini.

“Mengikut keputusan, penggunaan kopi ringan hingga sederhana tidak merosakkan dari sudut pandangan kardiovaskular, dan ia boleh memberi manfaat.

“Setakat yang kita tahu, ini merupakan kajian terbesar setakat ini yang memberi tumpuan terhadap kesan kopi kepada kesihatan kardiovaskular,” menurut Prof. Steffen Petersen dari Institut Penyelidikan William Harvey di Queen Mary University of London.

Sementara itu, Dr. Zahra Raisi-Estabragh, Pensyarah Klinikal NIHR di Queen Mary University of London memaklumkan, kebanyakan peserta minum kopi dikisar atau segera.

“Kopi yang dikisar dalam jumlah sederhana dikaitkan dengan risiko kematian yang lebih rendah – tetapi manfaat ini tidak ditemui dalam kalangan peminum kopi segera biasa, kerana ia mungkin berkaitan dengan proses pengeluaran tanah yang berbeza dan cara pemprosessan yang terlibat,” tambahnya.

“Pengambilan kopi ringan hingga sederhana dikaitkan dengan risiko kematian keseluruhan 12% lebih rendah, dan dengan risiko kematian 17% lebih rendah disebabkan oleh kardiovaskular.

“Selain itu, daripada separuh hingga tiga cawan kopi dikaitkan dengan risiko strok sebanyak 21% lebih rendah,” kata Dr Judit Simon, pelajar PhD dari Universiti Semmelweis, yang juga merupakan ketua projek kajian tersebut.

Sementara itu, Dr Pál Maurovich-Horvat, Pengarah Pusat Pengimejan Perubatan dari Universiti Semmelweis, yang bertanggungjawab menyelia kajian itu berkata, imbasan MRI yang dilakukan berjaya menganalisis kesan pengambilan kopi secara tetap pada struktur dan fungsi jantung.

“Kami mendapati bahawa penggunaan kopi ringan hingga sederhana secara tetap bermanfaat untuk kesihatan jantung, dengan cadangan bahawa ia boleh melambatkan perubahan jantung yang berkaitan dengan usia,” tambahnya.

Kopi merupakan salah satu minuman yang paling banyak digunakan di dunia, namun kesan kardiovaskularnya tidak diketahui umum, dan beberapa kajian terdahulu telah menunjukkan hasil yang bercanggah.

Analisis terkini data UK Biobank tersebut merupakan sumbangan berharga kepada penyelidikan sedia ada dalam bidang berkenaan yang menyediakan penilaian menyeluruh tentang hubungan antara penggunaan kopi dan beberapa aspek kesihatan kardiovaskular.

Post Views: 243
Tags: kardiovaskularkopi
Share
0

About sdteam

This author hasn't written their bio yet.
sdteam has contributed 825 entries to our website, so far.View entries by sdteam

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Subsidies To Be Maintained as Part of Bantuan Keluarga Malaysia Programme

Subsidies To Be Maintained as Part of Bantuan Keluarga Malaysia Programme

June 27, 2022

         BY:...

STAM Results To Be Announced This Thursday

STAM Results To Be Announced This Thursday

June 27, 2022

         by...

Asian Track Cycling Championships: Fadhil Zonis Rakes Silver Medal!

Asian Track Cycling Championships: Fadhil Zonis Rakes Silver Medal!

June 21, 2022

...

PEJUANG Muda Malaysia Calls for Improved Management of the National Football Field

PEJUANG Muda Malaysia Calls for Improved Management of the National Football Field

June 14, 2022

         By:...

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

May 25, 2022

         BY:...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next