“Bagai mimpi tercapai di depan mata saya”, kata pemain perseorangan badminton lelaki negara, Lee Zii Jia.

Ia susulan kemenangan skuad lelaki Malaysia ke atas Indonesia dalam perlawanan akhir kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022, semalam.

Zii Jia berkata, dalam masa sama, dia berasa amat bangga apabila lagu ‘Negaraku’ bergema di Pusat Konvesyen Setia City dengan kibaran jalur gemilang dan juga sorakan serta sokongan padu daripada peminat.

“Kemenangan ini membawa kenangan manis kepada kita semua tanpa mengira kaum dan lapisan masyarakat atas satu impian yang sama,” katanya menerusi Facebook.

Tambah Zii Jia, dia akan terus berusaha demi negara untuk mencapai kejayaan lebih tinggi.

“Demimu Malaysia saya akan terus berusaha dan berjuang semoga hasrat kita semua akan tercapai di podium yang lebih tinggi dengan membawa nama Malaysia yang ku cintai. Pulun Zii Jia Pulun,” katanya.

Terdahulu, Skuad lelaki negara menamatkan dominasi Indonesia apabila merangkul gelaran sulung pada BATC 2022.

Kejayaan itu hadir selepas Malaysia menundukkan musuh tradisi itu 3-0 dalam aksi final yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City