Bintang Argentina, Lionel Messi dinobatkan pemenang anugerah Ballon d’Or buat kali ketujuh, sekali gus disahkan pemain terbaik dunia mengatasi pesaing terdekatnya, Cristiano Ronaldo.
Bekas pemain Barcelona yang kini bersama Paris Saint Germain (PSG) sebelum ini meraih gelaran berprestij itu pada tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2015.
Daily Mail melaporkan, Messi adalah pemain lelaki pertama memenangi Ballon d’Or dalam tiga dekad berbeza.
Pada majlis gilang-gemilang di Teater Du Chatelet Paris awal pagi semalam, Chelsea dinamakan Pasukan Terbaik susulan kejayaan menjulang Liga Juara-Juara.
Sepanjang 12 bulan terakhir, Messi adalah penjaring terbanyak dalam La Liga dengan 30 gol untuk Barcelona.
Di samping itu, dia memenangi Copa America bersama Argentina dengan menjaringkan lima kali serta empat bantuan gol yang merupakan kejayaan antarabangsa pertamanya.
Anugerah itu diundi oleh 180 penulis bola sepak dari seluruh dunia dan memberikan inspirasi tersendiri kepada peminat bola sepak dunia.
“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”