• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
  • test
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
  • test
Menteri cadang mansuh kuarantin pengembara lengkap vaksinasi

Menteri cadang mansuh kuarantin pengembara lengkap vaksinasi

May 18, 2022 Posted by sdteam BM, Featured, Latest News, Medical
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Join @goodnewsbrigade on Telegram

Selari dengan pembukaan semula sempadan, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mencadangkan beberapa perkara berkaitan pelaksanaan kuarantin, ujian saringan Covid-19 termasuk visa dan permit masuk untuk pengembara dalam Sidang Kemuncak Penerbangan Changi 2022 (CAS 2022), pagi tadi.

Ka Siong menegaskan itu antara elemen utama yang mempengaruhi dan memperlahankan kadar pemulihan sektor penerbangan, yang perlu ditangani terlebih dahulu.

“Justeru, saya cadangkan supaya keperluan kuarantin untuk pengembara yang telah menerima vaksin dibatalkan dan memansuhkan keputusan ujian untuk kemasukan secara beransur-ansur serta mempermudahkan keperluan visa/permit masuk untuk pengembara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam menyampaikan ucapan pada sesi perbincangan panel bertajuk ‘Reviving Aviation, Rebuilding Connections’ pada Sidang Kemuncak Penerbangan Changi 2022, hari ini.

Selain itu, bagi pengoperasian lapangan terbang, Ka Siong berkata, beberapa cabaran utama dalam peringkat pemulihan ini ialah kekangan tenaga kerja untuk pemeriksaan dokumen kesihatan dan ujian saringan Covid-19.

“Dalam perbincangan panel tersebut, saya turut menyatakan bahawa sektor penerbangan awam mesti membina keyakinan antara kerajaan, industri, pengembara serta entiti di luar sektor penerbangan, seperti pihak berkuasa kesihatan dan imigresen.

“Pemansuhan proses kuarantin dan ujian saringan Covid-19 sudah tentu mampu meningkatkan keyakinan para pelancong.

“Malaysia telah berjaya mengekalkan penglibatan di kalangan pelbagai pihak berkepentingan penerbangan dan kesihatan berkaitan isu ini bagi mengenal pasti masalah dan merangka jalan penyelesaian,” katanya.

Beliau berkata, inisiatif Malaysia melaksanakan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) dengan Singapura, Kemboja dan Thailand merupakan sebahagian besar usaha dari pihaknya untuk meningkatkan keyakinan mereka mengembara menggunakan pengangkutan udara.

“Dalam usaha langkah ke hadapan, kita juga mesti mendokong pendigitalan dan kemampanan dalam pengoperasian lapangan terbang dan sektor penerbangan kerana ia merupakan kunci kepada masa depan industri penerbangan awam,” katanya.

Beliau turut memaklumkan CAS 2022 telah mengumpulkan kira-kira 300 pemimpin industri penerbangan, penggubal dasar dan eksekutif kanan dari 45 negara.

“Kami berpeluang untuk duduk berbincang apakah yang perlu dilakukan untuk menghidupkan semula industri penerbangan dan membina semula kesalinghubungan antara kita ke arah pemulihan ekonomi dunia.

“Saya turut merakamkan penghargaan dan tahniah kepada Menteri Pengangkutan Singapura S Iswaran dan seluruh warga MOT Singapura atas kejayaan menganjurkan persidangan kali ini dengan kerjasama Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura,” katanya.

Post Views: 129
Tags: Sempadanvaksinasiwee ka siong
Share
0

About sdteam

This author hasn't written their bio yet.
sdteam has contributed 840 entries to our website, so far.View entries by sdteam

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Yang di-Pertuan Agong Conferred Turkey’s Highest Award by President Erdogan

Yang di-Pertuan Agong Conferred Turkey’s Highest Award by President Erdogan

August 17, 2022

         By...

STPM results out on August 18

STPM results out on August 18

August 12, 2022

...

Working Hours to be Reduced from September 1st

Working Hours to be Reduced from September 1st

August 10, 2022

         By...

Family no longer needs to stay in car – thanks to generous Malaysians

Family no longer needs to stay in car – thanks to generous Malaysians

July 22, 2022

         Thanks...

Kelantan Folks Can Look Forwards To Kota Bharu Sentral Bus Terminal To Be Ready By 2025

Kelantan Folks Can Look Forwards To Kota Bharu Sentral Bus Terminal To Be Ready By 2025

July 19, 2022

          ...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next