• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
  • test
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
  • test
Malaysia tidak pandang ringan isu gandum India

Malaysia tidak pandang ringan isu gandum India

May 18, 2022 Posted by sdteam BM, Featured, Latest News, Politics
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Join @goodnewsbrigade on Telegram

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan Malaysia hanya mengimport sebahagian kecil bekalan gandum dari India.

Beliau berkata, rakyat negara ini tidak perlu risau dengan keputusan sekatan gandum yang dilakukan India akibat gelombang haba kerana cuaca panas yang berlaku di sana.

“Malaysia tidak mengimport gandum dari India, sebanyak 80 peratus bijirin itu diimport dari Australia selain Amerika Syarikat, Kanada dan Ukraine.

“Gandum yang kita import bukan dari India tetapi pelbagai negara, kita dapati negara-negara yang kita import tidak mengalami masalah,” katanya dalam sidang media hari ini.

Nanta berkata, pihaknya ketika ini tidak menerima sebarang laporan mengenai catuan atau kenaikkan harga bijirin tersebut oleh pihak peniaga di seluruh negara.

“Untuk laporan rasmi buat masa ini tidak ada lagi, cuma ada kes terpencil yang berlaku di Melaka, kementerian akan teruskan pemantauan.

“Pihak kami juga tidak memandang ringan perkara berkenaan sebaliknya mengambil beberapa langkah, antaranya meneruskan aktiviti pemantauan di seluruh negara,” katanya.

Dalam pada itu, Nanta menjelaskan sekiranya terdapat peningkatan harga tepung gandum ia bukan daripada bekalan yang bersubsidi kerana tepung gandum bersubsidi kekal

pada kadar RM1.35 sen bagi satu kilogram.

Katanya, negara mencatatkan penggunaan tepung gandum bersubsidi sebanyak 100,000 tan metrik setahun manakala yang tidak bersubsidi sekitar 192,959 tan metrik.

Post Views: 237
Tags: Alexander Nanta LinggiGandum IndiaKPDNHEPMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal PenggunaTepung
Share
0

About sdteam

This author hasn't written their bio yet.
sdteam has contributed 840 entries to our website, so far.View entries by sdteam

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Yang di-Pertuan Agong Conferred Turkey’s Highest Award by President Erdogan

Yang di-Pertuan Agong Conferred Turkey’s Highest Award by President Erdogan

August 17, 2022

         By...

STPM results out on August 18

STPM results out on August 18

August 12, 2022

...

Working Hours to be Reduced from September 1st

Working Hours to be Reduced from September 1st

August 10, 2022

         By...

Family no longer needs to stay in car – thanks to generous Malaysians

Family no longer needs to stay in car – thanks to generous Malaysians

July 22, 2022

         Thanks...

Kelantan Folks Can Look Forwards To Kota Bharu Sentral Bus Terminal To Be Ready By 2025

Kelantan Folks Can Look Forwards To Kota Bharu Sentral Bus Terminal To Be Ready By 2025

July 19, 2022

          ...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next