• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Malaysia sedia keluarkan vaksin sendiri

Malaysia sedia keluarkan vaksin sendiri

November 1, 2021 Posted by haizal.y BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Malaysia bersedia melaksanakan tiga projek utama menerusi Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin (PPVN) yang dilancarkan Perdana Menteri hari ini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pertama, pembangunan dua jenis vaksin Covid-19 menggunakan virus yang dilemahkan (inactivated) dan teknologi Messenger Asid Ribonukleik atau mRNA yang dibangunkan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

Katanya, pembangunan vaksin itu akan tertumpu kepada Variant of Concern (VOC) Covid-19 yang terdapat di Malaysia.

Menurut Perdana Menteri peruntukan yang disalurkan kerajaan iaitu peruntukan penyelidikan Kementerian Kesihatan (KKM) dan SUKUK Prihatin (bantuan khas peruntukan penyelidikan Covid-19) yang berjumlah RM3.5 juta.

“Kedua, vaksin kolera yang dibangunkan hasil kerjasama antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST).

“Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) turut membiayai projek ini menggunakan Dana Penyelidikan Strategik (SRF) sebanyak RM10.5 juta bertajuk Development of Mucosal/Oral/Subunit Vaccines Against Cholera, Tuberculosis and Covid-19.

“Ketiga, Projek Pre-clinical Evaluation of A Therapeutic Cancer Vaccine for The Treatment of Head and Neck Cancer oleh Cancer Research Malaysia (CRM) berjumlah

RM3 juta yang dibiayai MOSTI.

“Bagaimanapun memandangkan tiada kemudahan ujian klinikal iaitu first in human di Malaysia lagi ketika ini, maka CRM akan menjalankan ujian klinikal bermula Februari 2022 sehingga Mac 2023 di United Kingdom,” katanya ketika melancarkan PPVN hari ini.

Perdana Menteri berkata kerajaan akan melaksanakan strategi ini secara berperingkat menggunakan rangka kerja PPVN agar perancangan dapat dilaksanakan secara sistematik dan berfokus.

“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”

https://t.me/goodnewsbrigade

Post Views: 292
Tags: ismail sabrivaksin
Share
0

About haizal.y

This author hasn't written their bio yet.
haizal.y has contributed 706 entries to our website, so far.View entries by haizal.y

Weather

Weather Icon

Recent Posts

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

May 17, 2022

         BY:...

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

May 12, 2022

...

Malaysian Players Have Great Potential in Lifting Thomas Cup

Malaysian Players Have Great Potential in Lifting Thomas Cup

May 9, 2022

         By;...

1-2 finish for Malaysian divers at Hanoi Sea Games

1-2 finish for Malaysian divers at Hanoi Sea Games

May 9, 2022

         It was...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next