• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Kisah anjing pastikan pendaki selamat

Kisah anjing pastikan pendaki selamat

October 15, 2021 Posted by haizal.y BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Sekumpulan pendaki tidak menyangka apabila seekor anjing yang mereka gelar sebagai Pali, menjadi ‘penunjuk arah’ kepada kumpulan lelaki tersebut sehingga tamat pendakian.

Kisah tentang anjing itu dikongsi oleh Khairul Aming menerusi laman TikTok dan Twitter miliknya.

Video berdurasi satu minit lebih itu memaparkan kisah Khairul bersama kumpulan pendakinya yang bertemu haiwan tersebut sebelum memulakan pendakian, sehinggalah mereka menamatkan aktiviti berkenaan.

Perkara yang menarik perhatian berkenaan anjing tersebut, apabila ia sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga bagi memastikan kumpulan pendaki berkenaan berada dalam keadaan selamat.

Menurut Khairul, anjing tersebut sentiasa memeriksa laluan yang mereka tempuh agar bebas daripada ancaman binatang liar seperti harimau, dan ancaman bahaya yang lain.

“Tadi kan, masa aku dengan kawan-kawan nak pergi hiking (mendaki), aku jumpa seekor anjing tu, comel sangat. Aku bagi dia biskut dan dia pun ikutlah kitaorang sampailah habis. Dan dia tolong pastikan ada harimau dalam semak samun, jalan clear (selamat) ke tak dekat depan.

“Kadang aku rasa bersalah, bila kami tinggal di belakang, dia akan patah balik untuk pastikan kami tidak tertinggal jauh di belakang dan aku pula, sebab kita tak tahu nak panggil dia nama aku, kami pun buat keputusan panggil dia ‘Pali’ sebab comel,” katanya.

Kumpulan pendaki tersebut memberikan anjing tersebut makanan seperti sandwich dan nasi lemak sebagai ganjaran kepadanya untuk perjalanan itu.

“Dia pun temanlah kita sampai ke hujung, sampai ke sungai tudan lagi sekali kitaorang bagi reward (makanan, bagi dia sandwich, bagi dia nasi lemak. Tapi korang jalan bagi dia coklat sebab coklat ni toksik. 

“Kemudian, kitaorang pun ambil keputusan untuk mandi dan sepanjang kitaorang mandi dia pun teman je kitaorang dekat situ, baik gile. Lepas tu dia guide (tunjuk arah) kitaorang balik semula ikut jalan tadi.”

Pengguna media sosial yang kagum dengan Pali memberikan ucapan tahniah kepada anjing tersebut.

“Wah, good job Pali. I’m impressed,” kata HannahSakura, salah seorang pengguna laman sosial.

“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”

https://t.me/goodnewsbrigade

Post Views: 502
Tags: hikingPali
Share
0

About haizal.y

This author hasn't written their bio yet.
haizal.y has contributed 706 entries to our website, so far.View entries by haizal.y

Weather

Weather Icon

Recent Posts

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

May 17, 2022

         BY:...

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

May 12, 2022

...

Malaysian Players Have Great Potential in Lifting Thomas Cup

Malaysian Players Have Great Potential in Lifting Thomas Cup

May 9, 2022

         By;...

1-2 finish for Malaysian divers at Hanoi Sea Games

1-2 finish for Malaysian divers at Hanoi Sea Games

May 9, 2022

         It was...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next