Malaysia mencatat penurunan ke baharu Covid-19 dengan 6,145 kes dilaporkan hari ini berbanding 7,420 kes semalam.
Kes jangkitan baharu yang dilaporkan itu adalah yang terendah pernah dicatatkan sejak 4 Julai lalu.
Ketua Pengarah kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebooknya sebentar tadi, memaklumkan jumlah itu sekali gus menjadikan keseluruhan kes kini meningkat kepada 2,390,687 kes.
Angka terbaharu itu menunjukkan kes harian wabak berkenaan di Malaysia terus berada di bawah angka 10,000 buat hari ke-15 berturut-turut.
Sebelum ini, Dr Noor Hisham mengakui trend menunjukkan Malaysia semakin pulih daripada pandemik Covid-19.
Aanalisis situasi semasa jangkitan Covid-19 mendapati penularan wabak berkenaan akan pulih dalam beberapa minggu kebelakangan ini khususnya aspek purata kes harian, jumlah kluster, kadar vaksinasi dan kapasiti hospital.
“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”