• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Kerajaan pastikan bantuan banjir dilaksana secara komprehensif

Kerajaan pastikan bantuan banjir dilaksana secara komprehensif

December 30, 2021 Posted by haizal.y BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kerajaan akan memastikan segala bantuan serta kemudahan kepada mangsa-mangsa banjir dilaksanakan secara komprehensif, berkesan dan menyeluruh di bawah Bantuan Banjir Keluarga Malaysia dengan nilai keseluruhan sebanyak RM1.4 bilion.

Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, di bawah inisiatif itu, kerajaan telah melaksanakan beberapa penambahbaikan berhubung Bantuan Wang Ihsan (BWI).

Pertama, kata beliau, adalah pemberian RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir, seterusnya menyalurkan kepada semua KIR yang terkesan termasuk kepada mereka yang tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Pertama, menurut Ismail adalah pemberian RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah atau KIR yang terjejas akibat banjir seterusnya menyalurkan kepada semua KIR yang terkesan termasuk kepada mereka yang tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Ketiga adalah pemberian RM10,000 kepada waris mangsa yang meninggal dunia, manakala yang keempat adalah mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir boleh menuntut BWI setiap kali bencana menimpa berbanding sebelum ini hanya sekali sahaja semasa berlakunya Monsun Timur Laut.

“Menyedari mangsa-mangsa banjir memerlukan wang tunai, kerajaan-kerajaan negeri telah membuat bayaran BWI yang telahpun bermula pada 27 Disember yang lalu dan dijangka selesai minggu ini.

“Bagi tujuan ini, saya telah mengarahkan pihak-pihak berkaitan agar mempermudahkan urusan pembayaran tanpa sebarang birokrasi atau tanpa perlu mengisi pelbagai borang seperti sebelum ini.

“Setakat data terkini, lebih 30,000 KIR telah didaftarkan untuk menerima BWI,” katanya menerusi kenyataan tersebut.

Sementara itu, Kerajaan juga telah memperuntukkan sejumlah RM100 juta bagi menggerakkan kerja-kerja pasca banjir. Selain itu, kerajaan turut menambah RM50 juta lagi khusus untuk negeri Selangor dan Pahang.

“Peruntukan ini akan digunakan bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan pembersihan rumah penduduk dan fasiliti awam yang rosak,” katanya.

“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”

https://t.me/goodnewsbrigade

Post Views: 282
Tags: BanjirBantuan banjirismail sabriKeluarga Malaysia
Share
0

About haizal.y

This author hasn't written their bio yet.
haizal.y has contributed 706 entries to our website, so far.View entries by haizal.y

Weather

Weather Icon

Recent Posts

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

May 17, 2022

         BY:...

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

May 12, 2022

...

Malaysian Players Have Great Potential in Lifting Thomas Cup

Malaysian Players Have Great Potential in Lifting Thomas Cup

May 9, 2022

         By;...

1-2 finish for Malaysian divers at Hanoi Sea Games

1-2 finish for Malaysian divers at Hanoi Sea Games

May 9, 2022

         It was...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next