Malaysia akan meneruskan pemerolehan Pfizer vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech bagi kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya juga akan mempertimbangkan pemberian vaksin lain seperti Sinovac kepada golongan tersebut.
“82.4 peratus daripada remaja (12-17 tahun) telah diberikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan 62 peratus telah lengkap dua dos. Ini bermakna pembukaan semula sekolah dengan selamat.
82.4% of our adolescents partially vaccinated. 62% fully vaccinated. This will mean #ReopeningSchools safely. With FDA panel recommending Pfizer jab for 5-12 yo, Malaysia will go forward with our procurement of Pfizer for kids. We will also look at other options like Sinovac. https://t.co/0HbEo4S0PJ pic.twitter.com/TgqnkFvOdr
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) October 28, 2021
“Dengan panel Panel Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat mengesyorkan vaksin Pfizer kepada 5 hingga 12 tahun, Malaysia akan meneruskan pemerolehan Pfizer untuk kanak-kanak. Kami juga akan melihat pilihan lain seperti Sinovac,” katanya menerusi Twitternya.
Bagaimanapun, Khairy masih belum memaklumkan bilakah pemberian vaksin Covid-19 akan mula diberikan kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun itu.
“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”