Hampir sejuta populasi kanak-kanak di Malaysia sudah divaksinasi

Seramai 952,411 atau 26.8 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat semalam.

Jumlah itu termasuk 21,918 dos yang diberikan semalam.

Menerusi data portal COVIDNOW, keseluruhan seramai 14,884,826 atau 63.3 peratus populasi dewasa di negara ini pula sudah menerima dos penggalak Covid-19 dalam tempoh sama.

Sejumlah 22,952,385 atau 97.6 peratus daripada kumpulan itu melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,232,115 atau 98.8 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sebanyak 5,702,437 dos vaksin sudah diberi membabitkan 2,802,856 individu atau 90.1 peratus sudah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,899,581 atau 93.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, keseluruhan sebanyak 96,621 dos vaksin diberikan semalam membabitkan 23,871 suntikan dos pertama, sebanyak 1,469 suntikan dos lengkap dan 71,281 suntikan dos penggalak.

Angka itu sekaligus menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini adalah kepada 67,516,578 dos.