Pandemik Covid-19 ternyata memberi kesan besar dan mempengaruhi kesihatan mental semua orang hingga mengakibatkan peningkatan risiko kecenderungan untuk membunuh diri.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata tindakan membunuh diri boleh dicegah dan ia memerlukan kerjasama semua pihak untuk menanganinya.
“Pandemik ini sangat mempengaruhi kesihatan mental semua orang dan meningkatkan risiko tingkah laku bunuh diri.
“Bunuh diri dapat dicegah. Kita semua mesti memainkan peranan,” katanya dalam satu ciapan di Twitter, sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia, hari ini.
Menurutnya, mereka yang menghadapi tekanan atau masalah perlu mendapatkan pertolongan segera dan pihak kementerian sedia membantu.
“Dapatkan pertolongan, pelajari tanda-tanda amaran, tunjukkan perhatian, jangan diskriminasi. Kami di sini untuk anda,” katanya
“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”