• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Bantu wanita bersalin dalam kereta sambil rai Thaipusam

Bantu wanita bersalin dalam kereta sambil rai Thaipusam

January 20, 2022 Posted by sdteam BM, Inspiration, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Seorang wanita melalui detik cemas apabila terpaksa melahirkan bayi dalam kereta dengan dibantu sekumpulan penganut Hindu yang meraikan Thaipusam berhampiran Kuil Sri Subramaniya Swami, Batu Caves, Selangor.

Peristiwa itu dikongsi seorang wartawan akhbar Tamil Makkal Ossai, LK Savantharaja menerusi Facebooknya hari ini, dengan menjelaskan turut berkesempatan membantu wanita itu.

Menurut Savantharaja, ketika kejadian dia dan beberapa pengunjung datang ke kuil berkenaan untuk bersembahyang sempena sambutan Thaipusam, hari ini.

“Tadi, saya dan beberapa orang penganut (Hindu) datang untuk bersembahyang di Kuil Sri Subramaniya Batu Caves.

“(Kami) ternampak seorang kakak menjerit meminta tolong di dalam sebuah kereta (di luar kuil), (kami) terus berlari menghampiri kereta tersebut.

“Ternampak seorang kakak Melayu yang (mahu) bersalin di dalam keretanya,” tulisnya dalam hantaran itu.

Wanita yang selamat melahirkan bayi nya di hadapan kuil Batu caves

Melihat situasi cemas itu, Savantharaja berkata, dia dan beberapa beberapa pengunjung wanita yang berada di kawasan berdekatan segera menutup cermin kereta dengan pakaian (vesthi).

“Segera saya dan beberapa wanita menutup cermin kereta dengan pakaian (vesthi) yang diberikan oleh saudara kami yang sedang berjalan ke kuil untuk menunaikan nazar.

“Semasa bayi keluar, beberapa kali saya memberitahu ‘kakak anda dan bayi anda diberkati’,” katanya.

Savantharaja menjelaskan dia berasa sangat gembira melihat wanita itu selamat melahirkan seorang bayi perempuan sekitar jam 7.24 pagi tadi.

“Kakak selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang cantik (masa sekitar 7:24 pagi).

“Saya sangat gembira dan sempat mencari mencari pisau untuk memotong tali pusat bayi tersebut.

“Semua yang datang menghulurkan bantuan mendoakan dan memberkati ibu dan bayi berkenaan,” katanya.

Jelasnya lagi, ambulans datang sejurus selepas bayi itu dilahirkan sebelum bergegas membawa wanita berkenaan ke hospital.

“Ambulans sampai tepat selepas bayi keluar. Sebelum ke hospital, saya selfie dengan ayah bayi ini (untuk kenangan),” tulisnya

Post Views: 265
Tags: BersalinThaipusam
Share
0

About sdteam

This author hasn't written their bio yet.
sdteam has contributed 825 entries to our website, so far.View entries by sdteam

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Subsidies To Be Maintained as Part of Bantuan Keluarga Malaysia Programme

Subsidies To Be Maintained as Part of Bantuan Keluarga Malaysia Programme

June 27, 2022

         BY:...

STAM Results To Be Announced This Thursday

STAM Results To Be Announced This Thursday

June 27, 2022

         by...

Asian Track Cycling Championships: Fadhil Zonis Rakes Silver Medal!

Asian Track Cycling Championships: Fadhil Zonis Rakes Silver Medal!

June 21, 2022

...

PEJUANG Muda Malaysia Calls for Improved Management of the National Football Field

PEJUANG Muda Malaysia Calls for Improved Management of the National Football Field

June 14, 2022

         By:...

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

Taiping Electric Buses Are Expected to Operate in September This Year

May 25, 2022

         BY:...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next