• Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
enquiry@goodnews.com.my
Login

Login
GoodnewsGoodnews
  • Community
  • Inspirational
  • Giving Back
  • Career and Educational
  • Life
Bandar Raya Kuching kini Bandar Raya Kreatif

Bandar Raya Kuching kini Bandar Raya Kreatif

November 19, 2021 Posted by haizal.y BM, Latest News
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) mengisytihar Bandar Raya Kuching sebagai Bandar Raya Kreatif di bawah kategori gastronomi.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri melalui surat yang dikemukakan pihak UNESCO bertarikh 16 November lalu.

Pengiktirafan tersebut membuktikan komitmen berterusan Malaysia dalam mempromosikan negara ini di peringkat global.

“Kejayaan ini juga adalah hasil kerjasama padu di antara pihak kementerian, Kerajaan Negeri Sarawak, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Kementerian akan terus bekerjasama dengan kerajaan negeri serta pemegang taruh yang terlibat bagi memperhalusi strategi yang lebih pragmatik ke arah mempergiatkan lagi program serta aktiviti yang dapat memperlihatkan Bandar Raya Kuching sebagai sebuah Bandar Raya Kreatif,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Nancy, pengiktirafan itu juga membolehkan Kuching lebih dikenali sebagai destinasi pelancongan budaya di peringkat antarabangsa sekali gus merancakkan lagi ekonomi dan industri pelancongan dan budaya negara ini.

“Kekayaan biodiversiti yang mempunyai pelbagai tumbuhan herba yang boleh dijadikan sebagai sumber makanan akan terus memberi nilai tambah kepada kekayaan budaya bandar raya ini,” katanya. 

“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”

https://t.me/goodnewsbrigade

Post Views: 268
Tags: Bandar Raya KreatifBandar Raya MelakaKuching
Share
0

About haizal.y

This author hasn't written their bio yet.
haizal.y has contributed 722 entries to our website, so far.View entries by haizal.y

Weather

Weather Icon

Recent Posts

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

Women should never give up, says climber who conquered Everest for the tenth time

May 19, 2022

         Women...

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

Rare phenomenon of yellow butterflies awes passers-by in Kota Marudu

May 18, 2022

...

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

India defeats Defending Champions Indonesia to Rake First-Ever Thomas Cup Victory

May 17, 2022

         BY:...

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

BAC lebih ke depan dengan Interactive Whiteboard (IWB) dalam sistem pembelajaran

May 13, 2022

...

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

RM50,000 grand prize for teachers in the Malaysia Teacher Prize awards

May 12, 2022

...

Social Icons Widget

Contact Us

We're currently offline. Send us an email and we'll get back to you, asap.

Send Message

© [2021] · goodnews.com.my.

Prev Next