Ketika banjir kilat melanda negara, sebuah pasukan sukarelawan, Asia Heroes telah ditubuhkan bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang terlibat dengan bencana alam ini.
Asia Heroes merupakan sebuah pertubuhan sukarelawan yang mengumpulkan mana-mana pihak yang berminat untuk membantu mereka yang memerlukan ketika musibah yang melanda kini.
Usaha Malaysia Flood Relief sedang digerakkan. Dalam beberapa hari mendatang, kami memerlukan sukarelawan bagi usaha pembersihan di kawasan kejiranan yang terjejas selain membantu kerja-kerja membungkus dan mengedar barang keperluan.
Dengan kerjasama inisiatif UPLIFT, Asia Heroes bekerja tanpa mengenal penat lelah dengan NGO, kumpulan korporat dan komuniti, badan berkanun dan sukarelawan untuk mencapai misinya dalam menghubungkan sukarelawan secara giat agar memberi inspirasi ke seluruh negara dan di rantau Asia Tenggara.
FreeMakan, bersama UPLIFT dan BAC Education Group, telah berjaya mengumpul RM256,650, untuk kempen Malaysia Flood Relief selain menyasarkan kutipan sebanyak RM500,000 dalam masa terdekat.
Asia Heroes sedang mencari lebih ramai sukarelawan untuk membantu membersihkan rumah ini kerana ia terlalu banyak kerja yang perlu dihadapi oleh pasukan tersebut ketika ini.
Keitka ditemui GoodNews, Ketua Pegawai Eksekutif Skills Academy Kumar Nagalingam memberitahu, 25 sukarelawan menuju ke Kg.Tengah, Puchong, untuk membersihkan rumah yang terjejas akibat banjir di sana, selepas berkumpul di VSQ, Kampus BAC PJ pada 8.30 pagi. Mereka bertolak pada pukul 10.00 pagi dan sampai di sana kira-kira pukul 11.00 pagi.
Katanya, ketika berada di sana, mereka bertemu dengan penggerak masyarakat, Shakira. Kira-kira 400 kediaman terjejas di sana. Pasukan ini berjaya membersihkan 5 rumah dan mengisi 6 tong roro dengan perabot yang rosak.
Penduduk di situ berasa sedih kerana banjir memusnahkan segala-galanya di rumah mereka apabila paras air meningkat 5 kaki tinggi, tambahnya.
“Anggaran akan mengambil masa kira-kira 1 minggu (dengan bantuan) untuk membersihkan bahagian luar rumah ini sepenuhnya sebelum ia boleh bermula dengan bahagian dalam.
Ramai yang keletihan dan warga emas tidak berdaya. Mereka sedang menunggu sukarelawan datang membantu mereka,” katanya.
Kumar berkata ketika berada di sana, mereka bertemu dengan seorang ibu tunggal berusia 72 tahun, Rokya Othman, yang menjaga 3 anak OKU.
“Dia menjaga tempat itu bersama 4 keluarga lain dan bekerja sebagai sukarelawan Rela selama 55 tahun.
“Dia menjelaskan ketika banjir, mereka merempuh sebuah kedai di hadapan rumah dan kaki anaknya kejang ketika berlari. Dia membawa anaknya ke PPUM tetapi kini memerlukan penghawa dingin di dalam rumah kerana anak-anaknya tidak akan dapat bertahan dalam cuaca panas,” jelasnya.
Sila kongsi perkara ini dengan rakan dan keluarga supaya lebih ramai boleh membantu. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut. Kami juga berharap lebih banyak organisasi, kumpulan dan NGO dapat menggalakkan kakitangan mereka untuk menjadi sukarelawan dan menggunakan ini sebagai peluang untuk menabur bakti kepada masyarakat.
Jika anda ingin bekerjasama dengan kami, atau menjadi sukarelawan, sila hubungi:
Cik Jinie : 016-778 8625
Encik Arivinth: 018-989 6153
Dr Malar: 012-239 6547
Encik Kumar: 012-6039321