Sekumpulan aktivis alam sekitar di Indonesia memberi kesedaran kepada umum tentang krisis pembungan plastik di lautan yang semakin kritikal dengan membangunkan muzium yang diperbuat daripada bahan buangan plastik.
Kumpulan aktivis yang terdiri daripada pelbagai latar belakang itu mengambil masa tiga bulan untuk mengumpulkan kira-kira 10,000 bahan buangan plastik yang terdiri daripada botol, beg dan pelbagai produk plastik yang lain – yang dikumpul daripada sungai dan pantai yang tercemar oleh bahan buangan itu.
Muzium yang dihasilkan untuk pameran umum tersebut dibina di kota Gresik di Jawwa Timur Indonesia.
“Kami ingin menghantar mesej kepada orang ramai untuk menghentikan penggunaan plastik sekali pakai.
“Plastik ini sangat sukar dikitar semula … Mulai hari ini, kita harus berhenti menggunakan plastik sekali pakai kerana ia akan mencemarkan lautan kita, yang juga merupakan sumber makanan kita,” kata pengasas muzium tersebut, Prigi Arisandi.
Tambah Prigi, pameran sisa plastik itu telah menerima lebih 400 pengunjung sejak ianya dibuka awal bulan lalu.
Seorang pelajar, Ahmad Zainuri berkata, pameran itu membuka mata kepada setiap masalah yang diketengahkan oleh kumpulan aktivis berkenaan.
“Saya insaf dan akan cuba elak menggunakan plastik yang boleh mendatangkan pencemaran teruk kepada alam sekitar,” katanya, memetik laporan Reuters.
Seorang lagi pelajar, Ayu Chandra Wulan pula berkata: “Dengan melihat berapa banyak sampah yang ada di sini, saya berasa sangat sedih”.
“Ikuti Telegram kami untuk mendapatkan berita terkini”